Wajib dimiliki oleh calon-calon peperiksaan MEdSI...

Kini Anda Mampu Menduduki Peperiksaan MEdSI Dan Mendaftar Ke Program DPLI Atau ISMP Dengan Mudah!

Peluang untuk anda menjadi guru akan tercapai dengan apa yang bakal saya tunjukkan sebentar lagi.

Adakah anda di antara berjuta rakyat Malaysia yang bercita-cita menjadi seorang guru tetapi masih belum berpeluang merealisasikannya? Teruskan bacaan anda supaya anda tidak menyesal kerana apa yang bakal dikongsikan akan membuatkan anda tersenyum lebar!

Oleh : Ikhwan Fahmi
Lokasi : Shah Alam, Selangor


Sahabat,

Kementerian Pengajian Tinggi telah mewujudkan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) pada 29 Ogos 2006 melalui Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memenuhi permintaan kerjaya di dalam sektor pendidikan selain melalui program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Melalui mesyuarat tersebut jugalah Peperiksaan Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) telah diperkenalkan selain daripada proses temuduga yang ketat bagi memastikan kualiti guru yang dilahirkan melalui DPLI dan ISMP menepati Standard Guru Malaysia yang telah ditetapkan.

 

Susah Sangat Ke Peperiksaan MEdSI?

Peperiksaan ini diwujudkan bagi mengenal pasti calon yang selaras dengan profesion keguruan dan memiliki sahsiah yang sesuai untuk menjadi seorang pendidik yang berwibawa. Peperiksaan MEdSI digubal oleh panel Jawatankuasa Instrumen MEdSI yang terdiri daripada pakar-pakar terpilih dari pelbagai IPTA terkemuka negara.  Peperiksaan MEdSI mengandungi 300 item yang terbahagi kepada empat instrumen iaitu :

  • Personaliti (110 item)
  • Minat Kerjaya (60 item)
  • Nilai Integriti (60 item)
  • Kecerdasan Emosi (60 item)

Semua ini adalah untuk mengukur kualiti intrinsik seorang calon guru.

 

Guru Sebagai Kerjaya Pilihan Rakyat Malaysia Yang Paling Popular

Setakat 3 September 2009, jumlah guru di Malaysia telah dicatatkan seramai 386,031 orang manakala jumlah pelajar pula adalah seramai 5,416,924 orang.

Kekurangan guru ini telah menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia menambah bilangan pengambilan calon-calon guru dari semasa ke semasa. Namun begitu, persaingan untuk mengisi kekosongan tersebut adalah sangat hebat. Ini dapat dilihat menerusi satu petikan yang diambil daripada Utusan Malaysia (2011) :

“Profesion perguruan pilihan utama kepada remaja di Malaysia. Contohnya pada tahun lepas, 80,000 permohonan untuk menjadi guru. Itu satu jumlah yang besar sedangkan tempat yang ada lebih kurang 6000 sahaja”.

Ini bermakna hanya 7.5% permohanan saja yang berjaya.

 

Sengit Bukan Persaingan Untuk Menjadi Seorang Guru

Tapi kenapa ramai sangat yang nak jadi guru? Setiap tahun, ada sahaja permohonan untuk menjadi guru. Pemohon pula terdiri daripada pelbagai peringkat sama ada lepasan ijazah, diploma mahupun seawal lepasan SPM. Ada juga golongan yang ingin berubah angin dengan berubah kerjaya. Masing-masing tak mahu lepaskan peluang untuk berebut jawatan guru ini. Apa agaknya kelebihan kerjaya guru yang menyebabkan ia sering menjadi pilihan?

  • Masa bekerja yang fleksibel. Pagi masuk kerja, tengah hari sudah boleh balik.
  • Pendapatan yang lumayan sesuai dengan kelulusan.
  • Cuti banyak setiap tahun. Sekolah cuti, para guru pun berpeluang cuti sama.
  • Mudah membuat pinjaman bank. Tak percaya? Cuba tanya pegawai bank terdekat.

 

Bukan Sembarangan Orang Mampu Menjadi Guru

Sahabat, minat sahaja memang tidak cukup untuk membolehkan seseorang mencapai impian untuk menjadi guru. Banyak lagi kriteria-kriteria yang wajiib dipenuhi oleh seseorang itu.

Namun di sini saya akan dedahkan kepada anda, walaupun anda seorang lepasan SPM, STPM dan diploma, anda layak untuk menjadi seorang guru. Asalkan anda seorang yang…

  • Mempunyai pengetahuan mendalam terhadap subjek yang akan diajar.
  • Sanggup mendidik, beri tunjuk ajar dan berdepan pelbagai kerenah pelajar.
  • Memiliki tahap kesabaran yang tinggi.
  • Berbudipekerti dan keperibadian mulia.
  • Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan semasa.
  • Sanggup berkhidmat tanpa mengira tempat samada dalam atau luar bandar.


Jika anda memiliki ciri-ciri yang baru saya senaraikan tadi, maka anda sudah ada pra-syarat untuk menjadi seorang guru. Namun, seperti saya nyatakan sejak awal tadi. Bukan sembarangan orang mampu menjadi seorang guru.

Pelbagai rintangan perlu diharungi untuk mencapai cita-cita menjadi seorang guru. Mengapa saya kata begitu? Kerana sedar atau tidak, anda mempunyai kekurangan-kekurangan berikut :

  • Kurang informasi yang tepat mengenai jalan sebenar untuk menjadi guru.
  • Tak tahu apakah jenis-jenis kursus yang patut diikuti.
  • Ada yang tahu jenis kursus, tapi seringkali terlepas tarikh penting tentang kursus.
  • Tak tahu tentang MEdSI dan strategi menghadapinya.

 

Nak Jadi Guru Pun Kena Ada Strategi?

Pasti anda sedang bertanya kepada diri anda sendiri soalan sedemikian. Ini adalah kerana hanya 7.5% sahaja pemohon yang berjaya memenuhi DPLI dan ISMP. Kenapa ramai sangat yang gagal? Apakah kelemahan mereka yang akhirnya menyebabkan kegagalan tersebut? Mereka yang gagal adalah disebabkan oleh :

  • Tak tahu apa yang mereka buat.
  • Hadir peperiksaan hanya untuk cuba-cuba.
  • Tidak serius untuk menjadi guru.
  • Cuba jaya tanpa sebarang strategi.
  • Hanya ikut-ikut kawan.

 

Siapa Saya Dan Bagaimana Saya Boleh Membantu Anda

Anda pastinya tertanya-tanya siapakah saya, oleh itu sebelum pergi lebih jauh, izinkan saya perkenalkan diri saya. Nama saya Ikhwan Fahmi dan saya merupakan seorang guru.

Sepanjang pengalaman saya menjadi seorang guru, pelbagai keluhan dan pertanyaan telah saya terima seperti :

  • Bagaimanakah untuk mendapatkan informasi bagi membuat permohonan untuk mengikuti kursus DPLI dan ISMP?
  • Di manakah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan (tarikh tutup, tarikh Peperiksaan MEdSI, tarikh temuduga) diumumkan?


Siapa yang nak ingatkan informasi-informasi dan tarikh-tarikh itu kepada anda. Jika ada yang tahupun, saya pasti mereka hanya akan membiarkan sahaja anda terkontang-kanting. Mungkin untuk mengurangkan persaingan bagi mereka.

Atas dasar kesedaran itu, saya telah mengambil inisiatif dan mahu berkongsi dengan anda semua hasil kajian saya tentang kursus perguruan di Malaysia.

Dengan pengalaman serta ilmu yang saya miliki berkenaan ilmu perguruan ini maka saya telah kumpulkan dan bukukan kesemuanya dalam sebuah ebook bagi kemudahan anda.

 

Setelah Lebih 3 Tahun Saya Membuat Kajian, Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI Ini Telah Saya Sediakan Dalam Satu Pakej.

Memperkenalkan...

Ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI Untuk DPLI dan ISMP.

Ebook ini didatangkan dalam format PDF. Ia merupakan buku maya yang hanya boleh dibaca melalui komputer menggunakan perisian khas Adobe Acrobat Reader. Anda juga boleh mencetak ebook ini bagi memudahkan anda untuk membacanya di mana-mana sekalipun.

Ebook ini bakal menyingkap segala maklumat tentang MEdSI. Ya, segala maklumat telah disusun dengan cukup teratur khas untuk anda. Tidak perlu susah payah bersengkang mata menelaah segala macam buku mahupun laman web semata-mata untuk sedikit informasi yang akhirnya bakal mengelirukan anda. Ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI untuk DPLI dan ISMP ini bakal membantu anda :

  • Menjadi guru yang terbaik.
  • Mencari perjalanan karier yang betul dan teratur untuk menjadi guru.
  • Tarikh-tarikh rahsia kursus pendidikan diiklankan.
  • Memberi kesedaran akan kepentingan sektor perguruan kepada masyarakat.

 

Saya Tahu Anda Mahukan Lebih Dari Ebook Ini

Ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI akan memandu anda sehingga berjaya lulus peperiksaan dengan mudah sekali. Terdapat 5 buah ebook yang telah dipakejkan bersama. Mari saya tunjukkan anda ebook-ebook yang terdapat dalam pakej ebook ini.

 

Ebook 1 :

Karier Perguruan Di Malaysia

Dalam ebook ini antara perkara yang bakal anda perolehi adalah tentang :

  • Standard dan kategori guru berkualiti. Ini sangat penting untuk anda ketahui.
  • 12 ciri-ciri peribadi guru cemerlang. Bagaimana nak lahirkan pelajar cemerlang jika gurunya tidak.
  • 4 cara bagaimana mengenal pasti kerja guru yang berkualiti. Ini penting untuk menjadi guru cemerlang.
  • 6 tugas atau tanggungjawab guru terhadap ibubapa pelajar. Ini penting untuk anda ketahui kerana ibubapa sekarang sudah pandai menilai guru anaknya.
  • Sejarah perguruan di malaysia sejak tahun 1957.
  • 10 sebab kenapa guru harus mempunyai pengetahuan yang luas.
  • Dan banyak lagi…

 

Ebook 2 :

Pengenalan MEdSI

Dalam ebook ini antara perkara yang bakal anda perolehi adalah tentang :

  • Apa itu MEdSI dan apa kandungan utama dalam MEdSI. Anda wajib mengetahui 4 perkara ini.
  • 10 peringkat ciri-ciri personaliti yang perlu anda ada sebagai seorang guru.
  • 6 peringkat minat dalam kerjaya yang perlu anda tahui sebagai seorang guru. Ini penting dalam proses anda mengajar murid.
  • 3 perkara yang perlu anda tahu tentang integriti. Ini akan memainkan peranan besar dalam karier perguruan anda.
  • 6 tahap kecedasan emosi yang perlu anda pelajari.
  • 3 tahap interpersonal yang perlu anda tahu.
  • Keperluan menduduki dan lulus ujian MEdSI.
  • Kaedah sebenar dan tepat untuk menjawab soalan ujian MEdSI.
  • Pembongkaran bentuk-bentuk soalan MEdSI.
  • Rahsia pengkategorian soalan ujian MEdSI.
  • Prosedur menduduki ujian MEdSI supaya anda tidak hilang arah tuju.
  • Rahsia jawapan untuk ujian MEdSI.
  • Dan banyak lagi…

 

Ebook 3 :

Contoh-Contoh Soalan MEdSI

Contoh-contoh sebenar soalan-soalan yang berkaitan dengan MEdSI. Jadi anda tidak perlu susah payah untuk mencari contoh-contoh soalan ini.

 

Ebook 4 :

Permohonan Menduduki Ujian MEdSI

Tanpa melakukan apa-apa permohonan mana mungkin anda boleh menduduki ujian ini bukan? Oleh itu dalam ebook ini anda bakal ketahui :

  • 3 jenis lepasan yang layak untuk memohon. Cuba lihat adakah anda layak memohon?
  • Bagaimana untuk melakukan permohonan?
  • Perbezaan antara MEdSI dan MTest. Ini penting untuk anda ketahui.
  • 10 perkara yang perlu anda tahu bagi ujian MEdSI 2012.
  • Dan banyak lagi…

 

 

Ebook 5 :

Temuduga Dan Ujian Kemahiran Khas

Apa yang akan disoal dalam temuduga? Apa pula ujian kemahiran khas ini? Oleh itu mari kita lihat apa yang bakal anda perolehi dari ebook ini pula.

  • Persediaan-persedian yang perlu anda lakukan sebelum pergi temuduga. Ini sangat penting.
  • 6 perkara utama yang akan dibincangkan dalam ujian temuduga. Jika anda tahu 6 perkara ini maka anda boleh jawab dengan mudah.
  • 10 perkara yang patut anda patuhi dalam cara berpakaian semasa temuduga.
  • Bagaimana untuk menjawab setiap soalan yang diberi semasa temuduga.
  • 110 contoh-contoh soalan yang diberi semasa temuduga. Anda boleh bersedia dengan lebih awal.
  • Perkara-perkara yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas ujian MEdSI untuk pastikan yang anda bakal berjaya.
  • Perkara-perkara yang perlu anda bawa semasa temuduga.
  • Apa yang perlukan anda lakukan dari mula mengetuk pintu bilik temuduga sehingga selesai temuduga. Anda akan dilihat sangat bersedia nanti.
  • 4 perkara yang akan dinilai dalam setiap temuduga. Ketahui perkara ini dan miliki markah tertinggi.
  • 4 jenis ujian khas yang perlu anda ambil tahu. Anda mungkin harus menjalani ujian ini.
  • Apa itu DBK dan apakah isu-isu DPK yang bakal ditanya oleh penemuduga kelak. Ini wajib anda tahu.
  • 5 perkara yang perlu anda tahu tenmtang FPK yang bakal ditanya semasa temuduga.
  • Perkara-perkara yang perlu anda tahu dan fahami tentang KBSR dan KBSM. Ini juga penting.
  • Kesan-kesan yang perlu anda ketahui dari Wawasan Pendidikan 2020.
  • 11 misi KPM yang perlu anda tahu. Ini penting untuk anda ketahui.
  • 6 komponen sistem pendidikan bertaraf dunia yang perlu anda ketahui.
  • Projek sekolah wawasan dan apa fungsi guru terhadapnya?
  • Perkara-perkara utama yang perlu anda tahu tentang PLKN.
  • Apa itu PIPP dan kenapa pelan ini dibangunkan?
  • 7 perkara yang perlu anda tahu untuk memupuk pelajar supaya berkemahiran dan berketerampilan.
  • 6 perkara yang perlu anda tahu tentang perlaksanaan PPSMI. Isu ini hangat diperkatakan oleh itu sila ambil perhatian.
  • Perkara-perkara serta statistik yang perlu anda tahu berkaitan dengan isu disiplin.
  • Dan banyak lagi…

 

Mari Kita Lihat Apa Kata Mereka Yang Telah Membaca Ebook Ini

 

Mungkin Anda Masih Curiga Dengan Saya

Jika begitu, mari saya tunjukkan kenyataan mereka yang telah mendapatkan Ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI.

 

Kaedah, Prosedur, Strategi Semuanya Akan Dibongkarkan!

Saya faham, pastinya anda akan hilang arah tuju dan tak tahu nak buat apa akibat debaran menjelang ujian MEdSI. Ebook ini akan membantu anda untuk menyusun strategi yang berkesan berdasarkan segala kaedah dan prosedur yang terkandung dalam ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI.

  • Mengandungi informasi lengkap dan padat tentang program DPLI dan ISMP.
  • Dihasilkan berdasarkan keperluan semasa kursus perguruan.
  • Dapat membantu individu yang berminat mendapatkan informasi kursus perguruan dengan pantas.
  • Ada kaedah mengenalpasti kursus perguruan tajaan KPM dan KPTM.
  • Menyediakan saluran alternatif bagi individu yang tidak berpeluang menjadi guru dengan kursus perguruan sedia ada.
  • Berdasarkan kajian kes tentang kesukaran mendapatkan informasi kursus perguruan.
  • Dengan merujuk kepada sumber yang sah dan sangat boleh dipercayai iaitu dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi Awam.

 

Saya Mahukan Ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI Untuk Menjadi Guru Yang Berjaya.

Jangan tunggu lagi jika anda benar-benar serius untuk menjadi guru yang sejati dan lulus dengan mudah dalam Peperiksaan MEdSI dan ebook inilah yang amat anda perlukan sekarang.

Jangan risau kerana jaminan 30 hari wang dikembalikan jika anda tak berpuas hati dengan kandungan ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI.

Jangan lepaskan peluang, dapatkan ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI sekarang juga dengan harga yang mampu milik. Pelaburan anda hanya...

RM80
RM50
RM40 sahaja

Klik "Beli Sekarang" dan lakukan pelaburan bijak anda untuk memperoleh ebook ini.
 

Ya Ikhwan! Saya ingin buat tempahan Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI ini dengan harga RM40.00 sekarang! Serta mendapat jaminan kepuasan 100% atau wang saya akan dikembalikan dalam masa 30 hari!


Pesanan Anda Dilindungi Oleh Jaminan Wang Balik 30 Hari Dari Kami


 

Masih Membaca Lagi?

Informasi yang dibongkarkan melalui Ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI adalah sangat berbaloi untuk dimiliki kerana apa yang bakal saya bongkarkan ini adalah sesuatu yang sangat jarang diketahui umum, saya khuatir akan ada golongan yang memaksa saya menghentikan perkongsian maklumat yang berharga ini.

Apa tidaknya, semuanya telah tersedia lengkap, malah anda tidak perlu melakukan sebarang kajian pun setelah memiliki ebook ini. Semuanya lengkap sebagai persediaan anda menghadapi peperiksaan MEdSI seterusnya LULUS kemudian menunggu berita gembira panggilan untuk menjadi guru.

Ya, anda boleh lakukan pelaburan kecil anda hari ini dan mengubah hidup anda dengan hanya satu klik pada butang pembelian di atas. Sekarang juga!

Atau anda memilih untuk mengambil langkah tunggu dan lihat? Jika begitu, teruskanlah menunggu. Saya tidak akan menunggu anda kerana masih ramai yang memerlukan panduan yang hebat dan menjadi rebutan ramai ini. Jadi saranan saya kepada anda, ambil tindakan segera dengan membuat tempahan anda sekarang juga.


Salam kejayaan,


 

Ikhwan Fahmi


P.S - Masih ramai yang menduduki peperiksaan MEdSI secara membuta-tuli. Adakah anda salah seorang daripadanya ataupun anda masih mengharapkan tuah menyebelahi anda kali ini?

P.P.S - Masyarakat sememangnya kekurangan maklumat dan strategi yang berkesan menghadapi ujian DPLI dan ISMP yang akhirnya menjerumus kepada  kegagalan. Oleh itu, dapatkan maklumat lengkap dan khusus  menerusi ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI.

P.P.P.S - Lakukan tindakan sekarang juga sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku sehingga jualan ebook terpaksa ditutup kerana sensitiviti maklumat yang terkandung dalam ebook ini. Klik butang tempahan dan terus lakukan tempahan anda. Bertindak segera!

 
 

Hakcipta Terpelihara © 2013 - Panduan MEdSI ::
Halaman Web ini dijana dan diperkuasakan oleh Mini Site Mudah(MSM)
victoria bc storage landscape design utah toronto veterinary clinic burnaby turf installation